Wednesday, September 2, 2009

Bumi ini leper

Apabila membaca tajuk posting ini, apakah yang bermain di fikiran pembaca? Tentu dengan setangkas kilat tentu minda anda menafikan pernyataan di atas. Akal saudara sebenarnya tidak dapat menerima kelogikan yang bumi ini leper. Ini kerana dengan ilmu yang saudara ada tidak mungkin ia adalah satu kebenaran. Tapi tahukah anda, pada satu ketika dulu manusia percaya bahawa bumi leper adalah satu fakta. Semasa zaman falsafah pra-socratic mereka percaya bahawa bumi ini leper. Antara ahli falsafah yang berpegang teguh pada teori ini ialah Leucippus(440 SM) dan Democritus (440 SM - 370 BM). Apabila teori bumi ini bulat timbul, masyarakat umum menolaknya. Namun apabila bukti demi bukti disajikan akhirnya masyarakat umum mula menerimanya.

Inilah salah satu contoh bagaimana akal menerima atau menolak sesuatu fakta. Oleh kerana para pemikir mengeluarkan fakta maka akal menerimanya kerana akal hanya dapat memikirkannya dalam ruan lingkup ilmu yang mereka ada. Jika ilmu yang disampaikan itu tidak betul, maka akal menterjemahkan ia suatu yang benar kerana inilah satu satu ilmu yang disuap kedalam minda masyarakat.

Sedarkah anda wujudnya konspirator di dunia ini yang sedang menyusun strategi utk memberi input yang bercanggah dari kebenaran. Apabila input ini digunakan oleh akal, ia akan menterjemahnnya kepada satu yang dianggap benar sedangkan ia adalah palsu dan suatu yang palsu itu adalah benar.

Oleh yang demikan, kita perlu berhati hati dan senantiasa berwaspada terhadap ilmu yang kita terima. Rujuklah Alquran Dan Hadith inilah cara terbaik utk mengelakkan akal kita dari dimanupulasi dan akhirnya memaksa kita menerima yang Palsu itu benar dan kebenaran itu pula adalah palsu.