Tuesday, December 22, 2009

Pil Biru atau Pil Merah

Wahai saudara saudara ku,

Semakin hari semakin nyenyak kita tidur, dibuai oleh pelbagai mimpi. Kita merasa bahagia jika mimpi itu indah dan membahagiakan, kita rasa sedih bila mimpi itu ngeri dan membebankan. Pernahkah ketika anda bermimpi anda berkata "Ini hanyalah mimpi.."? yang anda sedar yang anda sedang bermimpi? Pernahkah anda berjaya mengawal mimpi anda? Jika tidak, cubalah, anda boleh melakukannya.

Wahai saudara saudaraku,
Apa yang kita rasakan dalam kehidupan ini sebenarnya boleh dikatakan suatu mimpi yang panjang. Malangnya kita semua belum betul betul sedar yang kita sedang bermimpi. Satu hari nanti kita pasti akan terjaga dari mimpi yang panjang ini. Dan pada ketika itu kita akan menyesali kerana kita tidak sedar yang kita sedang bermimpi. Pada waktu itu kita akan berkata.."kenapa aku tak sedar yang aku sekadar bermimpi..." Keadaan itu, jika dalam realiti kehidupan kita sekarang dikenali sebagai MATI.

Bertuah lah anda jika dalam mimpi yang panjang anda menyedari yang anda sedang bermimpi. Jika hal ini terjadi, anda berupaya mengubah mimpi mimpi anda menjadi mimpi yang indah dalam erti kata dalam kehidupan kita yang sebenar (Kehidupan yang kekal). Mendirikan solat adalah sesuatu yang berat dalam mimpi yang panjang ini. Namun jika kita sedar yang dalam kehidupan kita yang sebenar, mendirikan solat itu adalah satu bentuk kebahagiaan, kita pasti akan cuba mendapatkan mimpi ini.

Anda sebenarnya sentiasa disajikan dengan Pil Biru dan Pil Merah untuk menyedarkan anda yang anda sedang bermimpi, tapi mungkin kita terlalu mengambil remeh tentang ini membuatkan kita terus asyik dibuai mimpi. Buatah pilihan bijak Pil mana yang anda nak. Jika piihan anda tepat anda akan dibenarkan keluar dari mimpi anda. Tapi ingat jika anda sudah memilih anda tidak akan dibenarkan membuat pilihan lagi.

Wallhaualam

Wednesday, September 2, 2009

Bumi ini leper

Apabila membaca tajuk posting ini, apakah yang bermain di fikiran pembaca? Tentu dengan setangkas kilat tentu minda anda menafikan pernyataan di atas. Akal saudara sebenarnya tidak dapat menerima kelogikan yang bumi ini leper. Ini kerana dengan ilmu yang saudara ada tidak mungkin ia adalah satu kebenaran. Tapi tahukah anda, pada satu ketika dulu manusia percaya bahawa bumi leper adalah satu fakta. Semasa zaman falsafah pra-socratic mereka percaya bahawa bumi ini leper. Antara ahli falsafah yang berpegang teguh pada teori ini ialah Leucippus(440 SM) dan Democritus (440 SM - 370 BM). Apabila teori bumi ini bulat timbul, masyarakat umum menolaknya. Namun apabila bukti demi bukti disajikan akhirnya masyarakat umum mula menerimanya.

Inilah salah satu contoh bagaimana akal menerima atau menolak sesuatu fakta. Oleh kerana para pemikir mengeluarkan fakta maka akal menerimanya kerana akal hanya dapat memikirkannya dalam ruan lingkup ilmu yang mereka ada. Jika ilmu yang disampaikan itu tidak betul, maka akal menterjemahkan ia suatu yang benar kerana inilah satu satu ilmu yang disuap kedalam minda masyarakat.

Sedarkah anda wujudnya konspirator di dunia ini yang sedang menyusun strategi utk memberi input yang bercanggah dari kebenaran. Apabila input ini digunakan oleh akal, ia akan menterjemahnnya kepada satu yang dianggap benar sedangkan ia adalah palsu dan suatu yang palsu itu adalah benar.

Oleh yang demikan, kita perlu berhati hati dan senantiasa berwaspada terhadap ilmu yang kita terima. Rujuklah Alquran Dan Hadith inilah cara terbaik utk mengelakkan akal kita dari dimanupulasi dan akhirnya memaksa kita menerima yang Palsu itu benar dan kebenaran itu pula adalah palsu.

Sunday, August 23, 2009

Wawasan 2020 dan 1Malaysia

Rakyat Malaysia tentu tidak pernah lupa dengan Wawasan 2020. Namun adakah rakyat malaysia tahu tentang Israel 2020? Adakah ia satu kebetulan ataupun ia adalah konspirasi yang disengajakan? (Maklumat lanjut tentang Israel 2020). Ada pihak cuba mencari bukti tentang konspirasi ini. Klik di sini.

Sekarang, "Satu Malaysia" atau "One Malaysia" sedang berkemundang. Idea bernas yang datang dari Dato Seri Najib. Tahukah anda Israel juga mempunyai seruan yang sama? "One Israel" adalah seruan yang saya maksudkan. Adakah ia satu kebetulan? Fikirkanlah (Maklumat lanjut tentang "One Israel")

Saturday, August 22, 2009

Merdekakah kita?

Sebelum menjawab persoalan diatas, ada satu soalan penting yang harus dijawab, Apakah erti kemerdekaan? Jika ditakrifkan, kemerdekaan Malaysia bermaksud, Malaysia tidak lagi berada dalam jajahan British, dan ia ditadbir sendiri oleh pemimpin tempatan dibawah satu perlembagaan yang dipersetujui.(Sila Rujuk Pengisytiharan Kemerdekaan).

Saya cuba mengkaji apakah syarat-syarat yang dipersetujui antara Kerajaan British dengan Tunku Abdul Rahman untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya ketika itu? Antara yang saya temui adalah mengenai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini adalah bagi menggubal Perlembagaan negara kita. Mungkin ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan kemerdekaan. Jika diteliti dalam teks Pengisytiharan Kemerdekaan, boleh dikatakan Sistem Demokrasi Berparlimen adalah antara perkara yang perlu diterima untuk mencapai kemerdekaan. Mungkin untuk mendapatkan fakta yang lebih tepat, kita perlu mengkaji apa pula yang terdapat dalam Perjanjian London (8 Feb 1956).

Berbalik pada persoalan diatas, jika tafsiran diatas digunakan, jawapannya Ya!! Kita Merdeka. Namun pada pendapat saya, tentu ada syarat syarat yang perlu dipenuhi oleh rombongan Tunku yang kemungkinan tidak didedahkan di dalam teks teks sejarah. Apa agaknya akan berlaku jika kita inginkan sebuah negara ISLAM yang merdeka yang perlembagaannya berdasarkan Al Quran dan Hadith? Adakah pihak british akan menerimanya? Apa pula respons British jika kita tidak menerima Sistem Demokrasi dan memilih Sistem Khilafah? Adakah misi Rombongan Tunku adalah untuk membina sebuah negara ISLAM atau SEKULAR?

Saya sedikitpun tidak memperkecilkan usaha Tunku untuk mendapatkan kemerdekaan, kesangsian saya hanya pada pihak British yang pada saya amat licik. Mungkin agenda mereka lebih teruk dari apa yang kita sangkakan. Mungkin British cumalah kuda Dajjal yang ingin melemahkan kedudukan agama ISLAM diatas muka bumi ini. Wallahualam.

Friday, August 21, 2009

Perjuangan Islam di Malaysia

Pada satu ketika dulu PAS adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan Negara Islam melalui jalan demokrasi di Malaysia. Namun semakin hari api perjuangan semakin malap. Apakah yang sebenarnya telah berlaku. Mungkin PAS sendiri tidak menyedari usaha usaha pihak tertentu yang cuba memalapkannya. Mungkin ada konspirasi besar untuk mengurangkan perjuangan untuk menegakkkan Syariah Islam di Malaysia. Freemason sememangnya menganggap apa jua cubaan untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi ini sebagai satu ancaman besar.

Ikuti Dokumentari pendek. Bukan niat saya ingin melaga lagakan sesiapa, cuma sekadar membawa anda berfikir secara rasional dan menilai apa yang dipaparkan :





Thursday, August 20, 2009

Malaysia dan Freemason

Tentu saudara semua tahu tentang Gerakan Freemason? Pada yang tidak tahu, secara ringkasnya, Ia adalah satu gerakan untuk menguasai dunia yang menggunakan pelbagai kaedah dan tipu helah dan berusaha keras untuk menjadikan umat manusia khususnya umat Islam tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam.




Sebenarnya banyak lagi persatuan atau pertubuhan di negara ini ada hubungan dengan Freemason. Kita boleh mengenalinya melalui lambang lambang persatuan @ pertubuhan ini yang ada kaitan dengan gerakan ini. Kita kena siasat gambar2 ini, adakah mereka ini mempunya hubung kait dengan Gerakan Freemason?







Tuesday, August 18, 2009

Apakah ujian terbesar manusia akhir zaman?

Tentu kita semua tahu tentang kisah akhir zaman. Kisah Dajjal, Yakjud dan Makjud, Iman Mahdi dan Nabi Isa AS sentiasa disebut apabila kita bercerita tentangnya. Mengikut sebuah hadis, ujian terbesar atau fitnah terbesar pada akhir zaman adalah fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW sering mengingatkan kita betapa seriusnya fitnah Dajjal ini dalam hadis hadis baginda. Namun pada hari ini kisah atau amaran Rasulullah mengenai Dajjal semakin dilupakan. Malah ada yang beranggapan ia hanya satu mitos agama.

Pepatah ada mengatakan untuk kita menghadapi sesuatu musuh, kita harus mengenali musuh kita. Dengan mengenalinya barulah kita dapat menyusun strategi bagi menentangnya. Kalau ditanya tentang Dajjal, ramai berpendapat yang kisah Dajjal adalah satu metafora yang mungkin membayangkan satu ideologi, ada juga yang membayangkan ia adalah satu kumpulan atau satu bangsa atau satu negara yang cuba menguasai dunia. Yang mana satu sebenarnya Dajjal? Adakah itu yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW? Rasulullah membayangkan Dajjal ini matanya satu (Buta sebelah mata) badannya besar dan agak bongkok. Jadi adakah Dajjal ini adalah individu?

Persoalan ini harus dijawab secara jelas agar kita tidak tertipu dengan fitnah Dajjal itu sendiri. Mungkinkah kekalutan atau konspirasi yang melanda dunia sekarang ini adalah sebahagian kecil dari fitnah fitnahnya?

Di bawah adalah buku yang boleh saudara baca supaya dapat mengenali Dajjal dan memahami fitnah fitnahnya.

Tajuk : Membongkar Misteri Dajjal: Berdasarkan Al-Quran & Hadith,
Penulis : Muhammad Nurani Maarif



Sunday, August 16, 2009

H1N1 : Mungkinkah ia satu konspirasi?

Tentu anda pernah dengar cerita tentang paku paku yang sengaja ditabur di jalan jalan raya.

Tentu juga anda pernah mendengar tentang minyak yang sengaja dituang di selekoh selokah.

Tentu juga anda pernah dengar tentang tali brek dengan sengaja diputuskan.

Jika anda pernah mendengar ini semua dan anda percaya dengan apa yang anda dengar ini, tentu terdapat kebenarannya. Pada pendapat anda apakah tujuan utama perkara di atas dilakukan? Saya yakin saudara semua dapat menjawabnya. Benar ia dilakukan kerana wang, kerana ingin mengaut keuntungan. Keuntungan ini diraih melalui kesengsaraan orang lain. Inilah kesan besar daripada kejayaan konspirator konspirator dunia. Mereka berjaya menanam keimanan manusia terhadap wang,harta dan kekayaan. Manusia amat beriman kepada keuntungan. Manusia tidak lagi dapat menilai perbuatan yang baik atau buruk kerana iman manusia kepada kehidpuan materialistik. Apa jua tindakan asal ia memberi keuntungan manusia akan melakukannya. Begitu berjaya para konspirator ini.

Berbalik kepada persoalan dalam tajuk kali ini. Tentu anda sudah dapat menjawabnya. Ya kemungkinan besar ia satu konspirasi besar dunia. Bayangkan keuntungan yang diraih apabila Wabak ini menyerang dunia. Syarikat syarikat pengeluar bahan bahan farmasi sedang mengira ngira unjuran keuntungan mereka tahun ini. Sedangkan manusia manusia yang daif, yang sedang lena diulit mimpi ngeri sedang berada dalam ketakutan. Mereka amat percaya bahawa ia disebarkan secara semulajadi dan berasal daripada babi. Mungkin benar ia berasal dari babi. Namun adakah penyebaran itu secara kebetulan atau sememangnya diatur. Pertama bagi meraut keuntungan kedua para konspirator sengaja cuba mengurangkan ppopulasi penduduk dunia.

Ramadhan akan menjelama, Makkah madinah menjadi tumpuan umat Islam. Tidak berapa lama lagi, musim haji pula menyusul. Bayangkan kesan yang akan terjadi jika mereka yang hadir semasa bulan Ramadhan dan Zulhijjah ini nanti menjadi mangsa virus babi ini. Adakah itu menjadi salah satu dari agenda konspirator ini? Bangun dan fikirkanlah..

Tuesday, August 11, 2009

Apakah Malaysia terlepas daripada konspirasi dunia?

Persoalan yang saya timbulkan kali ini lebih terfokus kepada kita di Malaysia. Sebenarnya saya lebih suka melihat isu konspirasi ini dari sudut yang lebih luas, tetapi target saya adalah utk mengejutkan saudara saudara di kejiranan yang sedang tidur lena terlebih dahulu.

Sebenarnya banyak bacaan bacaan dipasaran, lebih lagi di internet membincangkan soal konspirasi dunia. Namun kebanyakannya berkisar dengan Amerika, Eropah, negara negara Arab dan Israel. Oleh kerana itulah, saudara-saudara di kejiranan masih tidur lena kerana pintu biliknya masih tidak diketuk. Bagi kita, mengapa kita perlu risaukan apa yang berlaku di sana? bagi kita asalkan periuk nasi kita di sini terjamin.

Berbalik kepada persoalan di atas, sebenarnya tidak ada tanah di muka bumi ini terlepas daripada konspirasi jahat ini kecuali dua tempat. Saya rasa saya tidak akan sentuh tentang kisah 2 tempat yang berkecuali itu kerana yang penting sekarang Malaysia sememangnya tidak terlepas.

Adakah saudara sedar sistem Demokrasi yang kita pegang malah bermati-matian mempertahankan ini adalah satu bentuk konspirasi jahat? Konspirasi yang amat jahat untuk melenyapkan ISLAM? Cuba fahami apa sebenarnya demokrasi anda tentu akan sedar mengapa ia adalah pemusnah kepada pegangan ISLAM. Kenapa UMNO dan Parti komponen lain menjadi kerajaan sebegitu lama? Kerana ia adalah pendokong pendemokrasian ISLAM. Mengapa sekarang PAS dan parti pakatan lain mula mendapat sokongan dari LUAR? Kerana akhirnya PAS juga terjerumus dalam pengdemokrasian Islam melalui pakatan yang lain. lebih lagi PAS telah menggugurkan konsep Negara Islam dan menukarkan kepada Negara Kebajikan. Adakah ia satu kebetulan? Adakah ia satu kebetulan bila mana Anwar Ibrahim yakin yang PAS akan menggugurkan Konsep Negara Islamnya pada 2002 sedangkan PAS hanya berbuat demikian dalam pilihanraya 2005? Fikirkanlah..

PR atau BN, kedua-duanya telah berada dalam jalan cerita konspirator. Seperti Parti Demokrat dan Republikan di Amerika. Kita ditenggelamkan dengan sandiwara politik 2 kumpulan dan akhirnya kita berada di dalam arus yang sama. Arus yang membawa kebencanaan Umat Islam.

Itu hanya dari segi pemerintahan, belum lagi diteliti dari sudut media yang lebih hebat kesannya. Kesan kepada generasi yang akan datang. Bangunlah saudara-saudaraku sekalian!! Agar kita dapat menilai kerja kerja jahat mereka yang tersembunyi.

Sunday, August 2, 2009

Ingin jadi jutawan


Kebanyakan daripada kita amat tertarik dengan kosa kata ini. Semua orang berkeinginan menjadi jutawan atau lebih mudah, ingin kaya. Sebenarnya tidak ada kesalahan jika kita berkeinginan sedemikian. Namun matlamat tidak dapat menghalalkan cara. Jika jalan menjadi kaya ini berlandaskan hukum syarak, ia menjadi satu yang baik dan begitulah sebaliknya.

Persoalan yang ingin saya timbulkan dalam kiriman kali ini ialah, wajarkah kekayaan material menjadi matlamat hidup kita? Itukah tujuan Sang Pencipta mencipta kita hidup di muka bumi ini? Adakah dengan kekayaan yang melimpah ruah memberi jaminan kebahagian kita di dunia? Dan adakah dengan menjadi jutawan menjamin kehidupan kita di akhirat?

Percaya atau tidak, dunia hari ini memaksa manusia untuk terus mengejar material. Sedar atau tidak sistem yang ada sekarang telah memaksa manusia menjadi materialistik dengan memanipulasi keperluan asas manusia.

Pernah di satu ketika dahulu kebanyakan manusia tidak perlu menjadi kaya untuk memiliki sebuah rumah. Tapi pada hari ini untuk hanya memiliki sebuah rumah sederhana, kebanyakkan manusia perlu terlibat dalam RIBA, tidakpun terpaksa berhutang dengan bank yang menawarkan pinjaman secara Islam. Adakah apa yang beraku ini satu kebetulan. Pada masa dulu, tidak banyak wang diperlukan untuk memiliki sebuah rumah yang selesa, dan adakah ia satu kebetulan bila masa beredar, untuk memiliki rumah kita perlu berhutang hampir seumur hidup? Atau ia satu perancangan rapi satu pihak untuk mengikat manusia dan memaksa manusia menjadi hamba kepada pelbagai jenis hutang.

Apapun saya percaya, wujudnya satu kumpulan ataupun golongan yang sedang aktif mencaturkan dunia. Golongan ini menggunakan pelbagai kaedah untuk menanam sifat materialistik agar manusia terjerat dan hidup dalam ketakutan. Ketakutan ini diterjemahkan kepada satu tenaga yang akan menjayakan perancangan hebat fitnah dunia ini.

Saturday, August 1, 2009

Terrorist...

Apabila saudara mendengar atau membaca tajuk post ini (Terrorist...), secara jujurnya, apakah imej yang muncul dalam kotak akal anda? Saya yakin 99% daripadanya membayangkan seorang Islam yang berbangsa arab yang berserban yang mepunyai janggut yang agak panjang memegang senjata atau sedang memakai bom jangka dibadannya. Betulkan? itulah yang muncul dari kotal fikiran anda. Pada pendapat anda bagaimana ini terjadi?

Sebelum peristiwa 11 September, kebanyakkan dari kita mungkin tidak pernah membayangkan atau terfikir sama sekali tentang Terrorist atau pun pengganas. Apabila berlakunya peristiwa ini, media telah secara terus terusan membincangkan tentang isu ini. Boleh dikatakan semua media baik media elektronik mahupun cetak menggunakan War on Terrorism sebagai satu tajuk yang utama.

Selepas daripada peristiwa ini juga, banyak drama drama siri di kaca TV, filem filem di panggung wayang yang bertemakan penentangan terhadap keganasan. Sedarkah anda watak watak pengganas ini, hampir semuanya seperti yang anda bayangkan dalam soalan pertama saya?

Jika diteliti dengan lebih lanjut, sebenarnya watak watak pengganas seperti ini telah dicipta di dalam filem filem Hollywood sebelum terjadinya peristiwa 11 September ini. Saya yakin saudara saudara dapat menyenaraikan filem filem dari Hollywood yang menyajikan watak pengganas seperti yang anda bayangkan dalam mata akal saudara.

Persoalannya sekarang, adakah semua ini satu kebetulan atau pun ia satu perancangan rapi satu pihak untuk meyakinkan seluruh umat manusia di dunia bahawa pengganas itu sinonim dengan orang yang beragama Islam yang berbangsa arab yang mempunyai janggut?

Friday, July 31, 2009

Kebenaran ada di luar sana


Tentu anda masih ingat Siri TV terkenal X-Files. Jika anda ingat, anda pasti tidak lupa "tagline" siri tersebut "The Truth is Out There". Memang benar, kebenaran itu ada di luar sana, cuma mungkin kita terlalu lena diulit mimpi yang indah atau juga terpaku dengan mimpi yang ngeri sehinggakan kita tidak berupaya bangkit dari tidur. Pernahkah anda menganalisa sesuatu perkhabaran yang anda terima setiap hari? atau anda hanya menerimanya sebagai satu berita yang benar?

Apakah itu kebenaran? Apa yang membuatkan kita percaya kepada sesuatu perkara? Sebenarnya jawapannya amat mudah. Percaya itu datang dari akal kita. Jika akal kita menerima logik sesuatu perkara maka kita akan mempercayainya. Bagaimana pula akal memproses sesuatu data sehingga ia mampu menilai logik atau tidak? Jawapannya, akal hanya dapat memproses sesuatu data berdasarkan input "raw" dari segi pembacaan dan pemerhatian. Apa akan terjadi jika pembacaan dan pemerhatian yang dialami oleh akal kita itu sesuatu yang tidak benar, satu penipuan yang besar? Sesuatu yang disusun bagi memanipulasi pemikiran akal kita? Saya yakin saudara sudah dapat mengagak jawapannya. Akal akan mempercayai sesuatu yang sepatutnya tidak, maka kebathilan atau penipuan itu akan dianggap satu kebenaran.

Anda pasti pernah mengalami mimpi ketika tidur bukan? Semasa anda bermimpi pernahkah anda merasakan perkara yang anda mimpi itu sebenarnya sesuatu yang tidak benar atau sesuatu yang tidak berlaku? Tidak bukan? Kita hanya sedar perkara itu tdak benar dan tidak berlaku apabila kita terjaga dan bangun dari tidur. Itulah bukti sesuatu yang kita rasakan benar itu berkemungkinan adalah sesuatu yang tidak kerana akal tersalah mengintepretasi khabar dan situasi.

Bangunlah dari tidur anda, carilah kebenaran yang ada diluar sana.


Siapakah aku?

Pernahkah anda bertanya soalan ini kepada diri anda sendiri? Pada pendapat saya soalan ini adalah soalan yang terpenting untuk kita menjawabnya? Kita sering menuding jari dan membuat persepsi terhadap orang di sekeliling kita, seolah-olah kita amat memahami tentang orang yang diperkatakan. Namun apabila kita mula bertanya tentang diri kita sendiri, amat sukar untuk kita menafsirkannya, seolah olah kita tidak mengenali diri kita sendiri.

Bangunlah saudara saudara sekalian, anda bukan dilahirkan hanya untuk menjadi seorang jurutera, doktor atau pegawai polis semata-mata. Kita dijadikan untuk lebih dari itu. Mungkin kita sekarang sedang diulit mimpi. Mimpi yang diwujudkan bagi mengaburi realiti sebenar kehidupan ini.