Sunday, August 2, 2009

Ingin jadi jutawan


Kebanyakan daripada kita amat tertarik dengan kosa kata ini. Semua orang berkeinginan menjadi jutawan atau lebih mudah, ingin kaya. Sebenarnya tidak ada kesalahan jika kita berkeinginan sedemikian. Namun matlamat tidak dapat menghalalkan cara. Jika jalan menjadi kaya ini berlandaskan hukum syarak, ia menjadi satu yang baik dan begitulah sebaliknya.

Persoalan yang ingin saya timbulkan dalam kiriman kali ini ialah, wajarkah kekayaan material menjadi matlamat hidup kita? Itukah tujuan Sang Pencipta mencipta kita hidup di muka bumi ini? Adakah dengan kekayaan yang melimpah ruah memberi jaminan kebahagian kita di dunia? Dan adakah dengan menjadi jutawan menjamin kehidupan kita di akhirat?

Percaya atau tidak, dunia hari ini memaksa manusia untuk terus mengejar material. Sedar atau tidak sistem yang ada sekarang telah memaksa manusia menjadi materialistik dengan memanipulasi keperluan asas manusia.

Pernah di satu ketika dahulu kebanyakan manusia tidak perlu menjadi kaya untuk memiliki sebuah rumah. Tapi pada hari ini untuk hanya memiliki sebuah rumah sederhana, kebanyakkan manusia perlu terlibat dalam RIBA, tidakpun terpaksa berhutang dengan bank yang menawarkan pinjaman secara Islam. Adakah apa yang beraku ini satu kebetulan. Pada masa dulu, tidak banyak wang diperlukan untuk memiliki sebuah rumah yang selesa, dan adakah ia satu kebetulan bila masa beredar, untuk memiliki rumah kita perlu berhutang hampir seumur hidup? Atau ia satu perancangan rapi satu pihak untuk mengikat manusia dan memaksa manusia menjadi hamba kepada pelbagai jenis hutang.

Apapun saya percaya, wujudnya satu kumpulan ataupun golongan yang sedang aktif mencaturkan dunia. Golongan ini menggunakan pelbagai kaedah untuk menanam sifat materialistik agar manusia terjerat dan hidup dalam ketakutan. Ketakutan ini diterjemahkan kepada satu tenaga yang akan menjayakan perancangan hebat fitnah dunia ini.

No comments:

Post a Comment