Saturday, August 22, 2009

Merdekakah kita?

Sebelum menjawab persoalan diatas, ada satu soalan penting yang harus dijawab, Apakah erti kemerdekaan? Jika ditakrifkan, kemerdekaan Malaysia bermaksud, Malaysia tidak lagi berada dalam jajahan British, dan ia ditadbir sendiri oleh pemimpin tempatan dibawah satu perlembagaan yang dipersetujui.(Sila Rujuk Pengisytiharan Kemerdekaan).

Saya cuba mengkaji apakah syarat-syarat yang dipersetujui antara Kerajaan British dengan Tunku Abdul Rahman untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya ketika itu? Antara yang saya temui adalah mengenai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini adalah bagi menggubal Perlembagaan negara kita. Mungkin ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan kemerdekaan. Jika diteliti dalam teks Pengisytiharan Kemerdekaan, boleh dikatakan Sistem Demokrasi Berparlimen adalah antara perkara yang perlu diterima untuk mencapai kemerdekaan. Mungkin untuk mendapatkan fakta yang lebih tepat, kita perlu mengkaji apa pula yang terdapat dalam Perjanjian London (8 Feb 1956).

Berbalik pada persoalan diatas, jika tafsiran diatas digunakan, jawapannya Ya!! Kita Merdeka. Namun pada pendapat saya, tentu ada syarat syarat yang perlu dipenuhi oleh rombongan Tunku yang kemungkinan tidak didedahkan di dalam teks teks sejarah. Apa agaknya akan berlaku jika kita inginkan sebuah negara ISLAM yang merdeka yang perlembagaannya berdasarkan Al Quran dan Hadith? Adakah pihak british akan menerimanya? Apa pula respons British jika kita tidak menerima Sistem Demokrasi dan memilih Sistem Khilafah? Adakah misi Rombongan Tunku adalah untuk membina sebuah negara ISLAM atau SEKULAR?

Saya sedikitpun tidak memperkecilkan usaha Tunku untuk mendapatkan kemerdekaan, kesangsian saya hanya pada pihak British yang pada saya amat licik. Mungkin agenda mereka lebih teruk dari apa yang kita sangkakan. Mungkin British cumalah kuda Dajjal yang ingin melemahkan kedudukan agama ISLAM diatas muka bumi ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment