Tuesday, December 22, 2009

Pil Biru atau Pil Merah

Wahai saudara saudara ku,

Semakin hari semakin nyenyak kita tidur, dibuai oleh pelbagai mimpi. Kita merasa bahagia jika mimpi itu indah dan membahagiakan, kita rasa sedih bila mimpi itu ngeri dan membebankan. Pernahkah ketika anda bermimpi anda berkata "Ini hanyalah mimpi.."? yang anda sedar yang anda sedang bermimpi? Pernahkah anda berjaya mengawal mimpi anda? Jika tidak, cubalah, anda boleh melakukannya.

Wahai saudara saudaraku,
Apa yang kita rasakan dalam kehidupan ini sebenarnya boleh dikatakan suatu mimpi yang panjang. Malangnya kita semua belum betul betul sedar yang kita sedang bermimpi. Satu hari nanti kita pasti akan terjaga dari mimpi yang panjang ini. Dan pada ketika itu kita akan menyesali kerana kita tidak sedar yang kita sedang bermimpi. Pada waktu itu kita akan berkata.."kenapa aku tak sedar yang aku sekadar bermimpi..." Keadaan itu, jika dalam realiti kehidupan kita sekarang dikenali sebagai MATI.

Bertuah lah anda jika dalam mimpi yang panjang anda menyedari yang anda sedang bermimpi. Jika hal ini terjadi, anda berupaya mengubah mimpi mimpi anda menjadi mimpi yang indah dalam erti kata dalam kehidupan kita yang sebenar (Kehidupan yang kekal). Mendirikan solat adalah sesuatu yang berat dalam mimpi yang panjang ini. Namun jika kita sedar yang dalam kehidupan kita yang sebenar, mendirikan solat itu adalah satu bentuk kebahagiaan, kita pasti akan cuba mendapatkan mimpi ini.

Anda sebenarnya sentiasa disajikan dengan Pil Biru dan Pil Merah untuk menyedarkan anda yang anda sedang bermimpi, tapi mungkin kita terlalu mengambil remeh tentang ini membuatkan kita terus asyik dibuai mimpi. Buatah pilihan bijak Pil mana yang anda nak. Jika piihan anda tepat anda akan dibenarkan keluar dari mimpi anda. Tapi ingat jika anda sudah memilih anda tidak akan dibenarkan membuat pilihan lagi.

Wallhaualam

No comments:

Post a Comment